18 July 2010

Saat berada di I-City, Shah Alam

Setelah sekian lama teringin untuk melawat I-City Shah Alam, akhirnya impian terlaksana hari ini.

Perjalanan kami bermula awal petang ke sana tetapi sebelum itu, sempat singgah di restoran mamak di Shah Alam seketika. Tujuan kami bertolak awal ialah untuk mengelak kesesakan dan melihat perbezaan kawasan tersebut diwaktu cerah dan juga gelap. Dimaklumkan i-City dibuka bermula jam 6.00 petang.

Kami tiba di i-City jam 6.30 petang dan suasana masih cerah dan pengunjung belum lagi ramai. Parking dikenakan ialah RM 2 dan berbaloi dengan parking yang disediakan iaitu di bawah bangunan.

Sepanjang berada di I-City, kami sangat mengagumi hasil dan keunikan taman tersebut. Tidak rugi taman tersebut diwujudkan kerana sebelam malam, pengunjung berpusu-pusu hadir sehingga sukar untuk mengambil gambar.

Silauan cahaya yang bewarna warni dan permandangan yang indah itu membuatkan anda terasa bukan berada di Malaysia. Tidak sangka Malaysia juga mampu menghasilkan taman sebegini.

Berikut adalah 8 sebab kenapa anda perlu ke i-City:

  1. Tempat yang cantik dan indah
  2. Boleh bersantai dan bersiar
  3. Beriadah bersama keluarga dan teman
  4. Mengambil gambar
  5. Mendapat pengalaman baru
  6. Melihat teknologi yang canggih
  7. Menghayati hasil seni
  8. Menyokong promosi pelancongan
Galeri gambar [petang]:

Galeri gambar [malam]:


EmoticonEmoticon