19 July 2010

Perlukah blogwalking setiap hari?

Rutin terbaru aku sebagai blogger ialah blogwalking. Kenapa perlu aku melakukan aktiviti blogwalking ini?

Sebelum ini, aku tidak tahu kepentingan blogwalking ini dan kesan dari blogwalking ini amat ketara. Jumlah pelawat naik secara mendadak. Sekiranya tiada aktiviti blogwalking dilakukan, traffic akan jatuh kembali.

Persoalannya ialah sampai bila perlu melakukan aktiviti blogwalking ini?
Adakah pelawat dari blogwalking ini sekadar membalas lawatan tetapi tidak pernah membaca entry blog?

Perkara ini perlu diambil perhatian yang mana gunakan pelawat yang hadir ini supaya kekal dengan blog anda. Pastikan pelawat yang hadir dihidangkan dengan entry-entry yang baik dan menarik. Ini cabaran yang aku sahut sekarang ini. Mungkin pelawat tinggi hadir tetapi komen diterima tidak banyak diterima.

Untuk itu, fokuskan kepada entry yang menarik bukan sahaja untuk SEO tetapi untuk menarik minat pelawat untuk terus membaca juga. Perkara ini penting bagi blog yang menggunakan "hack read more" yang mana ayat-ayat awal perlu "power" yang boleh menarik pelawat menekan butang "read more".

Gunakan blogwalking mempromosi entry yang terbaik untuk menarik minat pelawat untuk terus kekal bersama blog. Paparkan juga "link berkaitan" dan "link rawak" supaya boleh menarik pelawat terus membaca entry seterusnya.


Terpikir bagaimana hendak mendapat 1K pelawat dengan blogwalking? Perlukah melawat 1K blog sehari?


EmoticonEmoticon