03 July 2010

Perjalanan ke Batu Feringgi, Pulau Pinang

[Blog - Perjalanan ke Kedah menghadiri kenduri]


Selepas menghadiri kenduri, perjalanan kami seterusnya ialah ke Batu Feringgi, Pulau Pinang. Dari Kedah, kami melalui lebuhraya dan melintasi Pulau Pinang melalui jambatan.

Perjalanan ke Batu Feringgi agak memenatkan kerana untuk sampai ke sana perlu melalui jalan berliku lereng bukit. Terasa seperti perjalanan ke Cameron Highland pula.. huhuhuh...

Di Batu Feringgi, kami singgah di Hard Rock Hotel untuk sesi bergambar dan kemudian membeli buah tangan di Hard Rock Cafe.

Kami tidak dapat singgah di pantai Batu Feringgi kerana pada masa tersebut, hujan sedang renyai-renyai. Pada masa tersebut, pasar malam Batu Feringgi juga masih belu dibuka. Peniaga masih proses bersiap untuk membuka gerai dan oleh itu kami meneruskan perjalanan pulang.

Kami singgah seketika di warung batu Feringgi untuk perkena laksa malangnya semua laksa telah habis. Oleh itu, kami meneruskan perjalanan ke Restoran Subaidah Nasi Kandar untuk makan malam. Kami difahamkan, restoran ini antara juga yang popular di Pulau Pinang.

Kami tiba di homestay dalam jam 9.00 dan tiba masa untuk berehat kerana esok kami akan meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Galeri Gambar:


EmoticonEmoticon