10 July 2010

Menonton movie Twilight Saga: Eclipse



Petang tadi kami ke TGV Wangsa Walk Mall untuk menonton filem Twilight Saga: Eclipse yang sedang meletup di pawagam sekarang. Pembelian tiket telah dibuat secara online untuk mengelakkan kesesakan dan kehabisan tiket.

Waktu tayangan kami ialah jam 2.30 petang dan semasa membuat pengambilan tiket, banyak tiket yang telah kehabisan.

Pendapat aku mengenai cerita Twilight Saga: Eclipse ini lebih menarik berbanding Twilight Saga siri ke dua dan setaraf dengan siri satu. Kepada yang belum menonton siri 1 dan 2, sila beli VCD atau DVD untuk memahami cerita ini. Sekiranya anda telah menonton siri 1 dan 2, lebih mudah memahami jalan cerita ini. Ini kerana ia adalah sambungan kepada siri-siri sebelum ini.

Siri Twilight Saga: Eclipse pada awal perjalanan cerita, ia seperti biasa yang mana melibatkan percintaan Bella, Edward dan Jacob. Cerita bertambah menarik apabila kemunculan watak-watak jahat yang diketuai oleh Victoria yang cuba untuk memburu Bella. Dari sini wujud kerjasama antara pihak Vampire dan Wolf untuk melindungi Bella.

Secara keseluruhan, filem ini seronok untuk ditonton bukan kerana pelakon yang hensom dan comel tetapi juga jalan cerita yang menarik. Kepada remaja di bawah 13 perlu pengawasan kerana banyak aksi bercium dalam filem ini.

Synopsis: 
Bella Swan is reunited with the love of her life (and vampire), Edward Cullen. Her life is back to the way it was before the Cullens left, except for one major thing. Before Edward left, Bella had not considered Jacob Black (werewolf) her best friend, and she is in vain trying to make Edward and Jacob make peace and be friends. She is torn between the love she feels for Edward and the strong friendship between her and Jacob. Can she make them see reason, and can they be good to each other to keep from hurting Bella? And there are new dangers lurking around the corners; Seattle is stalked by mass murderers beyond humanity. Who's behind this, and what connection does it have with Bella? Everyone sparkles.

Website: http://www.twilightthemovie.com/


EmoticonEmoticon