Mandi manda di Bukit Merah Lake Town Resort
[Blog - Perjalanan ke Kedah menghadiri kenduri]
Semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari menghadiri kenduri perkahwinan di Kedah, kami sempat singgah di Bukit Merah Lake Town Resort. Kami tiba di sana dalam jam 12.30 petang. Cuaca sangat panas dan sesuai untuk berendam dan mandi mandi.
Tiket untuk masuk ialah RM25 untuk dewasa dan RM21 bagi kanak-kanak yang melebihi 90cm. Kalau bawah 90cm, free sahaja.
Taman tema di Bukit Merah Lake Town Resort sama juga seperti taman tema air yang lain seperti Lost World Bukit Tambun, Desa Water Park, Sunway Lagoon yang menyediakan pelbagai jenis permainan air. Cuma permainan tidak begitu banyak berbanding taman air yang lain.
Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Azfar dan Azwar untuk melepas gian kerana telah lama tidak bergembira bersama air.
Oleh kerana hari tersebut hari bekerja, taman tersebut tidak begitu ramai pengunjung dan oleh itu, kami dapat mandi manda dengan selesa.
Kami tidak mandi manda terlalu lama kerana kelihatan awan agak gelap menandakan hari hendak hujan. Jam 3.00 petang kami beransur keluar dari taman air tersebut dan singgah di gerai yang terdapat dalam kawasan Resort untuk menjamu selera selepas penat bermandi manda.
Seperti biasa, cederamata pelekat peti ais mesti dibeli sebagai kenang-kenangan singgah di tempat tersebut.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan pulang agak lancar dan hujan dibeberapa tempat. Kami singgah dibeberapa hentian untuk mengisi minya dan membeli minuman bekalan perjalanan.
Waktu tiba telah dirakam dan dimasukkan dalam Peraduan Tekan dan Menang minggu ini. Keputusan akan dibuka selepas tamat tempoh peraduan.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon