12 July 2010

Lawatan kerja ke Sabah Hari 4

Untuk hari ke 4 lawatan di Sabah, aktiviti kami ialah bebas (hari 1, 2 dan 3 di sini). Ini kerana terdapat pelawat yang mula berangkat pada awal pagi dan tengah hari. Pada hari tersebut, Air Asia sedang menaiktaraf sistem dan penumpang perlu membuat daftar masuk lebih awal kerana semua akvititi pendaftran secara manual.

Penerbangan aku ialah pada jam 6.30 petang, oleh itu, pagi tersebut sempat membuat beberapa aktiviti rondaan di sekitar bandar Kota Kinabalu.

Pada pagi tersebut, sempat singgah di Pasar Filipina untuk membeli kuih cincin dan kemudian mengikut rakan rombongan ke pasar basah.

Kami kemudian singgah ke kedai mutiara Jamilah yang memiliki pelbagai koleksi yang eklusif dan menarik. Kedai Jamilah adalah yang popular dengan koleksi yang hebat dan berkualiti.

Selesai aktiviti rondaan, kami singgah di restoran tepi kuala untuk makan tengah hari. Restoran ini menyediakan makanan laut segar. Anda boleh memilih ikan dari kolam dan memilih jenis masakan yang diingini.

Selesai makan, kami kembali ke penginapan untuk mengambil beg untuk ke Lapangan terbang. Kami melepak lama di terminal untuk menunggu perlepasan.

Aku tiba di rumah pada jam 11.30 malam tersebut selepas mengambil bas dari LCCT ke KL Centre, menaiki LRT dari KL Centre ke Wangsa Maju dan menaiki teksi ke rumah.

Nasib baik esok adalah hari minggu yang mana boleh berehat seketika.

Galeri gambar:


Selesai entry lawatan ke Sabah selama 3 hari. 


EmoticonEmoticon