11 July 2010

Lawatan kerja ke Sabah Hari 1

Semalam selamat tiba ke rumah selepas 4 hari berada di Sabah untuk urusan kerja. Di Sabah, broadband Digi mendapat liputan yang baik tetapi tidak sempat membuat entry kerana badan penat dan jadual yang agak penuh. Namun begitu, sempat membuat entry tentang peraduan Nuffnang dan preview Movie Nuffnang.. :)

Perjalanan aku bermula dari rumah pada jam 10.30 pagi bertolak ke LRT Wangsa Maju menggunakan perkhidmatan teksi. Jumlah meter ialah RM 4.30 dari rumah hingga ke LRT. Pakcik teksi memberi diskaun hanya RM4.00 tetapi sebab pakcik teksi pemurah, aku pun jadi pemurah dengan membayar RM5.00.. huhuhu..

Dari LRT Wangsa Maju aku terus ke KL Centre. Dari KL Centre ke LCCT, aku menggunakan perkhidmatan bas yang hanya RM 8 sahaja iaitu bas Aero Bas. Jika menggunakan bas Air Asia, kosnya ialah RM 9. Kenapa harga tidak sama? Perjalanan dari KL Centre ke LCCT memakan masa lebih kurang 1 jam.

Tiba di LCCT, aku singgah makan tengah hari di Mc D dan memesan set hidangan Double Cheese. Aku perlu mengisi perut aku dahulu sebelum membuat check in atau menaiki pesawat. Perjalanan dari KL ke Sabah memakan masa 2 jam 45 minit. Sekiranya aku tidak makan tengah hari, pasti aku kelaparan di atas pesawat. Makanan di pesawat agak mahal dan merugikan dan kurang selesa terutama penumpang disebelah orang asing.

Semasa di LCCT, kelihatan ramai sahabat rombongan telah tiba dari negeri-negeri lain. Walaupun kami bebas membuat tempahan mengikut masa sendiri tetapi penerbangan jam 2.10 petang menjadi pilihan kerana kami tidak perlu tergesa-gesa.

Kami tiba di terminal 2 Kota Kinabalu dalam jam 4.30 petang dan wakil rakan Sabah telah menunggu kami. Kami dibawa ke penginapan menggunakan bas.

Petang tersebut kami hanya berehat dan pada malamnya sesi taklimat untuk keseluruhan program.

Galeri gambar:


Terdapat gambar diambil dari koleksi Kamarulzaman (jurukamera x rasmi...huhuhu)

Ikuti perjalanan di Sabah hari kedua dalam post berikutnya.


EmoticonEmoticon