13 July 2010

Jom makan Hot & Roll

Ini kali pertama mencuba makanan Hot & Roll ini. Sebelum ini terjumpa beberapa kali di pasar raya tetapi tidak berdetik untuk mencubanya. Hari minggu lepas, teringin untuk mencuba makanan Hot & Roll ini. Mulanya hanya beli satu sahaja, mana tahu tidak sedap, rugi pula membeli banyak.

Selepas mencuba satu, baru tahu keenakan Hot & Roll ini. Kali pertama, kami membeli chicken cheese. Kemudian, kami mencuba chocolate banana dan seterusnya peanut butter dan chocolate. Rasanya memang sedap dan menyelerakan. Jika ingin yang rangup, boleh memilih jenis crispy.

Harga? RM 4.90 satu. Jika ingin beli set (Hot & Roll + air), RM 6.90 sahaja. Jika makan satupun rasanya boleh mengenyangkan terutama jika membeli jenis pisang.

Sepanjang kami lepak makan di situ, memang pelanggan tidak berhenti-henti membeli Hot & Roll.

Cuma yang masak seperti warga asing lelaki. Walaupun profesional tetapi...
Apa-apapun, jika terserempak, anda mesti cuba...sedap!!

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon