09 July 2010

I wanna be The Sorcerer’s Apprentice

Why do you wanna be The Sorcerer’s Apprentice and what would you do with your new magical powers?

Aku ingin sangat mempunyai kuasa magik yang mana ia memberi kelebihan kepada aku dari manusia biasa. Apabila mempunyai kelebihan, aku boleh menyumbang bakti kepada negara dan juga dunia. Kuasa magik ialah kuasa yang luar biasa yang memberi kelebihan kepada pemiliknya.

Apabila mempunyai kuasa luar biasa, pasti kita akan berfikiran untuk menjadi 'superhero' kerana ia menunjukkan kita akan menggunakan kuasa tersebut ke arah kebaikkan. Sekiranya kuasa tersebut disalah guna, pasti dunia akan menjadi huru hara.

Oleh itu, adalah penting kuasa luar biasa tersebut diberikan kepada orang yang bersifat baik dan membawa kebaikkan kepada manusia.


Sekiranya aku diberikan anugerah tersebut, pertamanya aku berlatih menggunakan kuasa tersebut sehingga sempurna. Kemudianya aku akan membina pakaian supaya identiti aku tidak dikenali. Seorang 'superhero' perlu menyimpan identitinya ia menjadi satu misteri.

Kemudian, aku akan menjaga keamanan negera ini dari penjenayah. Apabila negara ini telah aman, aku akan melatih lebih ramai 'superhero' supaya lebih banyak negara boleh dilindungi dari penjenayah. Kuasa luar biasa yang perlu ada ialah mampu terbang, mempunyai kekuatan fizikal, mampu melemahkan pihak lawan dan boleh menghilangkan diri. Kuasa lain juga ialah mengeluarkan kuasa dari tangan untuk membuat serangan balas.

Cerita mengenai kuasa magik ini adalah berkaitan dengan filem 'The Sorcerer’s Apprentice' yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Berikut adalah sinopsis mengenai filem ini:
Dave (JAY BARUCHEL) is just an average college student, or so it appears, until the sorcerer Balthazar Blake (NICOLAS CAGE) recruits him as his reluctant protégé and gives him a crash course in the art and science of magic. As he prepares for a battle against the forces of darkness in modern-day Manhattan, Dave finds it is going to take all of the courage he can muster to survive his training, save the city and get the girl as he becomes THE SORCERER’S APPRENTICE.

Adakah anda inginkan juga kuasa luar biasa ini?
Pastikan anda menonton filem ini yang akan ditayangkan di pawagam bermula 22 Julai ini.

Ingin menjadi yang terawal menonton filem ini? Sila rujuk di sini.


EmoticonEmoticon