05 July 2010

Hadiah misteri peraduan Teka dan Menang telah diterbangkan

Hadiah misteri seperti yang dimaklumkan dalam keputusan Peraduan Teka dan Menang - Jam Berapa? kepada http://neaflerida.blogspot.com yang meneka hampir tepat adalah mug istimewa dari sop. Selepas ini, http://neaflerida.blogspot.com boleh la minum air dalam mug tersebut sambil menulis blog yer..




Hadiah misteri diberikan berikutan tekaan http://neaflerida.blogspot.com yang hampir tepat dan hanya berbeza 1 minit sahaja dari Faiz.


Pagi tadi, hadiah telah dibungkus dan diposkan dari pejabat Pos berhampiran. Semoga selamat tiba ke destinasi.




Kepada Faiz, sop terlupa hendak membawa 2 ekor ikan bermagnet tersebut. Oleh itu, sop emelkan dulu hadiah reload coupon Maxis RM 10.  Jika sempat esok, sop akan postkan. Esok sop akan berangkat ke Sabah kerana tugasan pejabat. Jika tidak berkesempatan, sop bela ikan itu dulu sehingga sop kembali ke KL. Boleh ke Faiz?


Sekali lagi, tahniah sop ucapkan kepada pemenang.


Kepada yang belum menang, nantikan Peraduan Teka dan Menang yang akan muncul. Minggu ini mungkin tiada kerana bimbang tiada talian internet di Sabah, oleh itu akan menyukarkan proses update peraduan nanti.


Mungkin terdapat hadiah menarik sop boleh bawa dari Sabah?


EmoticonEmoticon