29 July 2010

Gagal menulis komen di blog Riwayat Hariku

Sop menerima beberapa mesej dari 'shoutbox' yang menyatakan tidak boleh membuat komen di ruangan entry. Pelik dan ajaib juga kerana Sop menerima banyak komen tetapi masih ada yang tidak boleh membuat komen.

Sebenarnya Sop sendiri pernah alaminya apabila sistem komen 'disqus' tidak keluar kerana internet perlahan. Oleh sebab itu, sistem komen 'disqus' tidak dapat loading. Kepada pelawat yang tidak dapat membuat ulasan atau komen, mohon membuat refresh laman blog.

Tujuan Sopp menggunakan sistem komen disqus ini kerana Sop boleh membuat komen balas. Dengan itu, peninggal komen boleh menerima maklum balas dari Sop terus dimaklumkan ke emel. Oleh itu, sistem ini lebih mesra pengunjung berbanding sistem komen 'default' oleh blogspot. Terdapat juga beberapa sistem komen luar lain yang juga boleh digunakan. Sop gunakan sistem disqus kerana ia lebih menarik (pendapat peribadi Sop).

Sop rasa amat rugi apabila ada rakan yang ingin memberi komen tetapi tidak berjaya. Komen anda (pelawat) sangat Sop hargai. Sebarang kesulitan yang dialami amat dikesalkan. Diharap anda  (pelawat) tidak jemu untuk mencuba dan sudi tinggalkan komen..


EmoticonEmoticon