Bagaimana pasangan menerima anda sebagai blogger tegar?
Salam 1 Malaysia kepada semua bloggers. Tajuk ini bukan untuk mencari rahsia atau membuka bekong di dada, tetapi ia hanya sekadar perkongsian dan perbincangan. Mungkin topik ini mampu memberi gambaran kepada bloggers yang masih bujang atau yang telah berpasangan tetapi akan menjadi blogger tegar tidak lama lagi.
Kenapa perlu pendapat blogger tegar?
Ini kerana blogger tegar sangat rapat dengan dunia blog dan boleh dikatakan blogger yang sangat komited dengan blog. Walaupun hanya sekadar sambilan, komitmen yang diberi sangat tinggi dan bersungguh-sungguh.
Sebagai blogger tegar, kebanyakkan masa yang diperuntukkan untuk dunia blog seperti untuk membuat entry, melawat blog, membuat kajian traffic, ping blog dan sebagainya sekitar 3 hingga 8 jam sehari. Ia bergantung kepada jadual dan perancangan jadual blogger. Sop memperuntukan masa 4 atau 5 jam sehari untuk blog sama ada aktiviti 'blogwalking', membalas komen, ping blog, membuat entry dan lain-lain yang berkaitan.
Mungkin tumpuan yang penuh ini boleh menganggu aktiviti seharian anda bersama pasangan dan keluarga. Sop ingin merujuk kepada penerimaan isteri semasa mula-mula menjadi blogger tegar.
Pada peringkat awal, beliau selalu menegur dengan sikap Sop yang selalu mengadap komputer. Beliau mungkin waswas kot-kot Sop sibuk chating atau mengorat di facebook. Lama kelamaan beliau makin dapat menerima perhatian Sop terhadap blog apabila mula menampakkan hasil seperti pendapatan, sertai acara nuffnang, mendapat hadiah dan lain-lain lagi. Beliau juga menjadi pembaca tegar blog Sop sekarang ini dan malah Sop juga telah membina blog untuk beliau (tetapi beliau kurang berminat untuk menulis kot).
Hari ini, Sop tidak lagi mengalami sebarang halangan untuk mengadap komputer untuk ber'blogging' dan beliau sangat menyokong. Terdapat pandangan dan juga idea dilontarkan oleh beliau untuk memantapkan blog Sop (terima kasih mama).
Anak-anak juga telah memahami tugasan Sop terhadap blog. Mereka akan menganggap Sop sedang bekerja apabila mengadap komputer dan tidak lagi menggangu seperti sebelum ini yang mana terpaksa berebut-berebut kerana mereka ingin bermain game dan mewarna (guna software mewarna).
Dengan kepercayaan dan sokongan keluarga ini, Sop sangat senang dan bersemangat untuk menjadi salah seorang pencipta blog. Semoga sokongan yang diberikan ini dapat Sop balas dengan memberi sesuatu yang bermakna hasil dari blog ini.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda melalui pengalaman yang serupa?

EmoticonEmoticon