18 July 2010

4 Tips Bantu Kekal Fokus Pada Blog

Sebenarnya menulis blog dapat membantu anda untuk meningkatkan kemahiran penulisan/bercerita/melapor, menjadikan anda kreatif, menambah rakan/rangkaian, penyampaian idea, memberi maklumat kepada pembaca dan sebagainya.

Ramai penulis blog menjalankan aktiviti ini secara sampingan dan suka-suka. Sekiranya menulis blog tanpa perancangan dan fokus, anda mungkin akan mengalami beberapa masalah seperti mudah bosan dengan blog, tiada idea untuk menulis, tiada arah tujuan atau rasa tertekan dengan blog dan akhirnya membawa kepada meninggalkan dunia menulis blog.

Tips berikut mungkin boleh membantu anda supaya kekal fokus pada blog anda:

  • Fokus pada aktiviti utama blog
Menulis blog, promosi blog, bina link, cipta social bookmarking profile, promosi di Twitter dan Facebook, blogwalking dan sebagainya mungkin membantu blog anda tetapi ia akan memenatkan anda.

Sekiranya anda tidak mempunyai masa atau kekurangan kemudahan seperti internet, anda perlu tumpukan kepada aktiviti utama blog iaitu menulis blog. Pastikan isi blog sentiasa dikemaskini sekurang-kurangnya 1 entry sehari. Sekiranya blog anda menyampaikan isi dan maklumat yang baik, secara tidak langsung blog anda akan berkembang dengan sendirinya. Sekiranya anda mempunyai masa dan kemudahan, barulah promosi blog boleh dilaksanakan.
  • Bergembira dengan blog anda
Anda perlu menyukai blog anda dahulu sebelu memastikan orang lain semnyukainya dan ini membantu anda terus kekal motivasi menulis blog. Pastikan blog anda berdasarkan apa yang anda minat, suka dan mempunyai maklumatnya. Sekiranya anda hanya menulis kerana pendapatan dan traffic, tetapi anda tidak minat dan mahir bidang tersebut, anda pati kecundang di pertengahan jalan.

Pastikan anda gabungkan apa yang anda minat dan pembaca ingin dapatkan. Ini bermakna penulisan tersebut untuk anda dan juga pembaca.
  • Sasaran blog
Bina sasaran blog anda boleh membantu anda terus fokus dan memberi motivasi kepada anda. Anda akan sentiasa bersemangat apabila blog anda sentiasa berkembang. Contoh sasaran blog ialah:
- pertambahan jumlah pelawat (100 kpd 200 sebulan)
- jumlah pengikut sentiasa bertambah
- menerima jumlah komen sentiasa bertambah setiap entry
- rangking blog semakin naik (google rank, alexa, top site dan lain-lain)
- jumlah pendapatan bertambah (RM10 kpd RM20)

  • Pendapatan

Suka atau tidak, pendapatan ialah motivasi yang paling hebat. Tetapi pastikan anda tidak terlalu berharap pendapatan yang lumayan. Sekiranya anda berharap terlalu tinggi tetapi anda tidak capai, ia mungkin boleh membunuh motivasi anda. Pastikan sasaran anda selaras dengan kemajuan blog anda.

Oleh itu, anda boleh memasang iklan, link affiliate dan sebagainya untuk pendapatan sampingan.

Pendapatan adalah sebagai satu pusingan kepada blog yang mana sekiranya blog anda memiliki isi yang baik, lebih tinggi peluang pendapatan anda. Sekiranya pendapatan tinggi, anda akan lebih bermotivasi untuk menulis lebih baik blog.

Sekiranya anda mempunyai pendapat, padangan atau cadangan, sila kongsikan melalui ruangan komen.


EmoticonEmoticon