21 June 2010

Ujikaji Buffered Earning Nuffnang Berjaya!


Sebelum ini, setelah mencapai tahap layak pengeluaran, buffered earning aku terus sunyi membisu. Semua tips yang dibekalkan oleh para blogger telah diikuti tetapi masih tidak berjaya. Sehingga kelmarin, aku mendapat idea untuk mencuba pendapat bahawa sekiranya earning telah melepasi tahap layak pengeluaran, buffered akan berkurangan. Rujuk entry sebelum ini di sini.

Adakah betul khabar angin tersebut?

Oleh itu, selepas sehari aku membuat check out pendapatan, hari ini buffered earning Nuffnang terus sangkut. Terima kasih kepada Nuffnang kerana memberikan buffered earning yang aku nantikan selama ini.

Ini menunjukkan teori aku betul tentang buffered earning berjaya. Mungkin lepas ini, tahap layak pengeluaran perlu ditingkatkan kepada jumlah yang aku inginkan.

Kepada rakan-rakan yang telah mencapai tahap layak pengeluaran, cash out lah segera untuk mendapat lebih banyak buffered earning. Disamping itu, faktor-faktor lain juga untuk mendapat buffered earning perlu ditingkatkan.


EmoticonEmoticon