10 June 2010

Tutorial - Widget Twitter terkini bergerak untuk blogspot

Mula tengok widget ini ialah di blog redmummy.com. Mulanya terpaksa rujuk sumber blog kak red untuk mengetahui bagaimana kod ini diambil. Ini kerana widget yang tersedia di "add gadget blogspot" hanya statik dan tidak bergerak.

Setelah mencari melalui Google, akhirnya dijumpai juga kod untuk widget ini. Kepada yang belum mengetahui tentang widget ini, sila rujuk tutorial berikut:

Lawat http://twitter.com/goodies/widgets untuk mendapatkan kod seperti gambar di bawah:

Klik pada "My Website"


Kemudian, pilih "Search Widget"

Seterusnya, masukkan "search Query" iaitu akaun twitter anda. Seterusnya, masukkan maklumat berkaitan. Di ruangan ini juga, anda boleh memilih beberapa setting seperti warna, saiz, rujukan dan sebagainya. Anda boleh uji setting anda. Sekiranya berpuas hati, anda boleh klik pada "Finish & Grab Code".

Selasai..Selamat mencuba....!!


EmoticonEmoticon