24 June 2010

Tempahan baju melayu murah!!

Tawaran terhad untuk membuat tempahan baju melayu untuk Hari Raya Aidilfitri.
Wah..sop, dah promosi raya ke?

Sebenarnya sop hanya membantu promosi rakan yang sedang mencari sesiapa yang ingin menempah baju Melayu dengan harga yang berpatutan dan kain yang menarik. Beliau datang ke pejabat sop untuk memaklumkan mengenai baju tersebut.

Sop dimaklumkan kain yang digunakan jenis import dari Indonesia dan kainnya sangat cantik. Sop juga berkenan dengan contoh-contoh warna yang dibawa. Anda boleh memilih warna kegemaran anda berdasarkan contoh yang diberikan.


Untuk tempahan, anda boleh menyatakan saiz baju atau memberi contoh baju lama. Pendapat sop, lebih baik bagi contoh baju sebelum ini yang mempunyai saiz yang sesuai.

Tempoh untuk siap hanya 2 minggu sahaja.

Harga tempahan termasuk kain ialah RM 150 sepasang. Untuk tempoh terhad sahaja iaitu sehingga akhir Julai 2010, harga ditawarkan ialah RM120 untuk bersulam dan RM100 untuk tidak bersulam.

Tempahan hanya untuk sekitar Kuala Lumpur. Perkhidmatan pintu ke pintu disediakan.

Sekiranya berminat, sila emelkan kepada sop untuk maklumat lanjut.


EmoticonEmoticon