21 June 2010

Teka dan Menang - Siapa Artis Ini?



Peraduan Teka dan Menang kembali lagi untuk minggu ke 4 bagi bulan Jun 2010. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Syakila yang berjaya memenangi Peraduan Teka dan Menang - Apa ada dalam porch beg gnesop?. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, teruskan semangat menyertai peraduan dengan menyertai peraduan untuk minggu ini.


Rasanya ramai yang berminat membuat tekaan untuk minggu ini kerana ia melibatkan artis. Peraduan sebelum ini mungkin agak sukar kerana peserta terpaksa menyelaraikan 10 barang yang mungkin berada dalam porch beg sop. Untuk kali ini, peserta hanya perlu meneka artis tersebut.


Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  • Buat entry bertajuk "Teka dan Menang - Siapa Artis Ini?"
  • Masukkan banner menggunakan kod di bawah:
  • Nyatakan tekaan anda di entry tersebut. Hanya 1 tekaan sahaja dibenarkan.
  • Sila tinggalkan URL entry anda diruangan komen
Dengan cara ini, kita boleh berkongsi traffic yang mana saya akan ke blog anda dan peserta lain yang ingin tahu jawapan anda juga akan ke blog anda. Sama-sama mendapat faedah dari peraduan ini (muafakat membawa berkat).

Hadiah bagi peraduan ini ialah kad tambah nilai RM 10 untuk sebarang talian dan ruangan iklan 125X125 di blog Riwayat Hariku selama sebulan. Sekiranya penyertaan melebihi 50 peserta, hadiah ditambah menjadi 2 pemenang. Kepada sesiapa ingin membuat sumbangan hadiah untuk peraduan ini, adalah dialu-alukan. Ader ker?

Pemenang dipilih berdasarkan tekaan yang betul. Sekiranya terdapat lebih dari 1 meneka dengan betul, peserta pertama meneka dengan betul dikira pemenang. Sekiranya penyertaan melebihi 50 tekaan, peserta kedua terpantas meneka dengan betul dikira pemenang bersama.

Jawapan akan disemak selepas tarikh tutup penyertaan iaitu pada 27 Jun 2010.

Semoga berjaya kepada semua..!!


EmoticonEmoticon