22 June 2010

Rokok Elektronik - Rokok Moden

Baru-baru ini, rakan sop ada membeli rokok elektronik ini. Sebelum itu, beliau ada membawa risalah tentang rokok elektronik ini. Riasalah tersebut menerangkan bahawa rokok elektronik ini bukan sahaja menjimatkan tetapi untuk kesihatan juga.


Apa yang best rokok tersebut tidak mempunyai tembakau seperti rokok biasa. Namun begitu, ia mengeluarkan asap dan asap tersebut tidak berbau. Sop sendiri agak konfius bagaimana asap boleh keluar dari batang besi tersebut?

Rokok elektronik ini juga mempunyai pelbagai perisa mengikut citarasa perokok yang mana perasa asal rokok juga boleh didapati seperti Dunhill, Marlboro dan sebagainya. Perasa-perasa ini boleh diisi semula mengikut kehendak perokok.

Bateri rokok elektronik ini juga boleh dicas semula menggunakan sambungan elektrik biasa, USB port dan juga dalam kereta.


Apa yang menarik juga tentang rokok ini, dihujung rokok elektronik diletak LED berfungsi seperti haba rokok. Apabila disedut, LED tersebut akan menyala seperti rokok.

Namun menjadi persoalan aku, adakah rokok elektronik ini selamat? Adakah tiada kesan sampingan lain akibat menyedut rokok ini? Ini kerana apabila menghisap rokok ini, asap juga dikeluarkan.

Setelah membuat cari google, terdapat beberapa laman yang membuat jualan rokok elektronik ini seperti
E-Cigarettes Malaysia dan http://smokerhaven.com/.

Harga jualan rokok elektronik terdiri daripada RM 150 hingga RM 350 untuk satu set. Ia bergantung kepada pengedar dan jenis rokok tersebut. Namun begitu, rakan sop beli rokok tersebut di Jalan Pasar, Kuala Lumpur hanya RM30.. huhuhu

Namun begitu, ujikaji tentang kesan-kesan sampingan mengenai rokok elektronik belum dijalankan oleh pihak WHO atau badan kesihatan yang lain. Sila rujuk laporan Malaysian Medical Resource mengenai amaran WHO di sini.

Kalau betul rokok ini selamat dan tidak memudaratkan, comfirm sop beli!!


EmoticonEmoticon