Menonton The Karate Kid 2010
Rasanya aku antara yang terlewat menonton cerita ini kerana telah lama di ditayangkan di panggung. Apa-apapun, baik lewat dari tak tengok langsungkan?
Kami menonton cerita ini melalui tiket percuma yang diterima dari Nuffnang masa party DIGI tempoh hari. Tiket tersebut telah ditukarkan semalam untuk mengelakkan kesesakan membeli tiket.
Sebelum nenonton wayang, kami singgah makan tengah hari dahulu di The Old Town White Coffee. Ini kerana wayang bermula pada jam 2.10 petang. Oleh itu, kami bertolak dari rumah ke Berjaya Time Square pada jam 12.30 petang.
Pendapat aku mengenai cerita ini ialah tajuk perlu ditukar kepada The Kung Fu Kid kerana cerita tersebut bercerita mengenai kung fu bukan karate. Boleh ker?
Perjalanan cerita ini adalah menarik dan menghiburkan. Banyak aksi-aksi menarik kung fu dan juga lawak yang melucukan. Cerita begini sesuai untuk ditonton oleh seluruh ahli keluarga kerana banyak mesej yang disampaikan.
Ceritanya agak lama juga sehingga rasa lenguh punggung! Oleh kerana jalan cerita yang menarik, tidak perasan yang ceritanya begitu lama.
Kepada yang belum, bolehlah ke panggung yang berdekatan kerana cerita yang menarik dan best!
Budak Cina yang lawan Dre tu macam budak berlakon kung fu kecik filem dulu-dulu. Dia ker?
Tips untuk menonton wayang untuk dikongsi:
Galeri Gambar:

- Beli tiket online atau booking melalui telefon untuk mengelak kesesakan
- Beli tiket tidak telalu atas atau terlalu bawah. Mohon kerusi tengah untuk pandangan paling best dan kerusi tepi jika anda kerap ke tandas
- Datang lebih awal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum tayangan
- Makan dan minum secukupnya sebelum menonton
- Pakai baju lebih tebal atau bawa baju sejuk/kain selimut
- Pastikan telefon dalam mood senyap
- Hayati filem yang ditayangkan
Galeri Gambar:
EmoticonEmoticon