Kedai makan dan tandas kotor
Mungkin topik ini agak meloyakan kepada sesetengah pembaca. Kepada pembaca yang mengidap kencing manis atau hempedu bengkak di larang membaca topik ini.... huhuhuh..
Adalah meloyakan apabila kedai makan tidak menyelengara tandas di kedai atau restoran kerana ia menggambarkan tahap kebersihan kedai atau restoran tersebut. Perkara ini tidak begitu diambil perhatian oleh pengusaha kedai atau restoran boleh memberi kesan kepada pelanggan.
Ini terjadi kepada aku apabila ke sebuah kedai mamak yang agak terkenal. Sebelum makan, anak aku ingin pula ke tandas. Terdapat 3 tandas di sediakan untuk lelaki dan perempuan. Namun begitu, 1 di antaranya terseumbat, dan satu lagi terdapat muntah yang dibiarkan. Hanya satu berfungsi dan jumlah pelanggan yang menggunakan amat ramai termasuk pekerja kedai itu sendiri. Bau tidak menyenangkan menyusup ke hidung!
Jika bukan kerana anak aku yang sangat memerlukan urusan tandas, mungkin aku batalkan sahaja niat ke tandas. Selepas pengalaman ngeri tersebut, adakah anda berselera untuk menjamah makanan?
Perkara ini perlu kerjasama dua pihak iaitu pengusaha kedai dan juga pengguna itu sendiri. Pengusaha perlu memastikan setiap tandas berfungsi dan sentiasa bersih. Bagaimana pekerja yang menggunakan tandas tidak bersih kemudian menyediakan makanan kepada pengguna?
Pelanggan pula, harus mempunyai rasa tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga kebersihan tandas.
Adakah perlu tandas di kedai makan atau restoran di kenakan bayaran masuk? Korang jawab yer...huhuhu
Nota kaki: gambar dari Google Images

EmoticonEmoticon