06 June 2010

Hantar Blogger Sitemap kepada Google, Yahoo dan Bing

Bagaimana hendak hantar "sitemap" kepada pelbagai injin carian?
Rasanya telah ramai yang menghantarnya tetapi kepada yang belum dan tidak tahu bagaimana hendak membuatnya, sila rujuk di bawah:

  1. Log masuk ke "Blogger Dashboard".
  2. Di bahagian bawah halaman, di bawah ruangan kotak "Tools and Resources", klik pada "Webmaster Tools". Anda akan diminta untuk mengadakan "Enable Webmaster Tool" - Ya.
  3. Anda diminta untuk log masuk sekiranya belum berbuat demikian.
  4. Selepas log masuk, klik pada "Add A site Button".


5. Masukkan alamat blog anda dan tekan "continue". Masukkan alamat blog termasuk "/" pada penghujung alamat blog. Contoh: www.gnesop.com/.
6. Kemudian, anda akan diminta verify blog anda. Ikut arahan yang dipaparkan untuk verify blog anda. jika blogspot, pilih yang kedua dan kod akan diberikan di bawah. masukkan kod tersebut dalam template anda. Adalah penting untuk pengesahan blog anda.


7. Di ruangan "Webmaster Tool", klik pada "Submit a Stemap" dan masukkan kod di bawah:
atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=100
 8. Sekiranya anda mempunyai lebih dari 200 topik, gantikan nilai 100 dengan nombor lebih besar seperti 500. Jika topik blog melebihi 500, guna format seperti di bawah:
atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500
atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=500
 Sekiranya anda ingin lebih mudah, sila gunakan page yang bangunkan oleh Labnol di sini. Sekiranya masih tidak faham, sila rujuk video tutorial di sini.

5 comments:

  1. godd info bro,tapi ni bukan untuk google je ke bro?

    ReplyDelete
  2. @Muaturun MP3 Percuma - salam perkenalan..
    @nEo - guna tools oleh Labnol utk hantar ke Yahoo! dan Bing. Lebih mudah dan cepat. Terima kasih..Harap blog kita lebih mudah di index

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ilmu :))

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon