Earning Nuffnang Aku RM0??
Kosong jer hasil Nuffnang aku? Rasanya sebelum ini ada la juga sikit, kenapa tetiba jadi kosong??
Gimik jer!! Sebenarnya aku telah membuat cash out, tu yang akaun kembali kosong! Tujuan aku membuat cash out ialah untuk menguji berita yang aku dengar jika telah membuat cash out, buffered earning baru lebih masyuk! Kebenaran tidak pasti tetapi ini tujuan aku untuk menguji keberana cerita tersebut. Sebelum ini, selepas aku membuat cash out yang pertama, memang buffered earning banyak tetapi tidak pasti faktor utamanya.
Oleh kerana buffered telah lama menyepi, aku cuba membuat ujikaji teori tersebut. Aku juga pernah terbaca yang menyatakan Nuffnang mengamalkan polisi perkongsian earning yang mana blog yang belum menerima banyak pendapatan akan mendapat buffered earning. Itu juga aku tidak pasti samada betul atau salah.
Sekiranya selepas aku membuat cash out ini, banyak buffered earning yang aku terima, aku akan maklumkan tentang teori ini.
Setakat ini, banyak tips-tips yang aku ikut dan ujikaji lain yang aku lakukan, masih belum berhasil untuk mendapat buffered earning dan ini adalah ujikaji yang seterusnya.
Ucap selamat berjaya kepada aku yer, terima kasih!
EmoticonEmoticon