05 June 2010

Cuti sekolah = Kenduri kahwin

Seperti biasa, sebelum cuti sekolah, pasti kad-kad jemputan akan berpusu-pusu di terima. Kesempatan cuti ini lah, masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan dan kenduri. Pengunjung dan sanak saudara lebih mudah untuk menghadiri kenduri di waktu cuti walaupun jauh kerana tiada alasan tidak dapat hadir.

Kebanyakkan sekarang ini, majlis kenduri perkahwinan telah menggunakan khidmat katering dan dewan kerana ia lebih mudah. Pihak keluarga pengantin tidak lagi bersusah payah hendak menguruskan kesemuanya. Namun begitu, di kampung-kampung, suasana gotong-royong kenduri masih diamalkan.

Begitu juga kenduri yang aku hadiri hari ini. Satu dilaksanakan di dewan dan menggunakan khidmat ketering dan satu lagi kenduri di buat berdasarkan gotong-royong. Di dewan, kemudahan adalah memuaskan dari segi parking, aircon/kipas, tandas dan ruang yang luas. Manakala jika di buat di rumah, parking akan menjadi masalah utama.

Kepada pengantin baru dan juga bakal pengantin, aku ucapkan Selamat Penganti Baru, semoga kekal dan berbahagian selalu...

Koleksi foto:


EmoticonEmoticon