11 June 2010

Bila Bicara Tentang Worldcup

Cerita tentang Worldcup ini merujuk kepada 'tag' oleh blog So Close. Adakah aku minat menonton bola? Sebenarnya tidak begitu fanatik yang mana aku tidak sanggup untuk menahan mata semata-mata untuk menonton bola. Huuhuhu..

Apa yang seronok kalau menonton bola apabila bersama-sama dengan orang yang gile bola ini. Jika seorang diri, memang akan bosan dan menonton bola hanya sekadar melihat permainan dan tunggu keputusan. Mungkin peringkat akhir nanti, baru lebih bersemangat untuk menonton.

Sekarang ini pun, aku tiada team menjadi pujaan. Bagi aku, bola ialah permainan untuk ditonton dan bukan untuk dipuja. Tetapi jika menonton, memang aku terjerit-jerit juga jika goal!!!. huhuhu..

Berbeza zaman sekolah dulu, aku sanggup mengayuh basikal untuk ke stadium untuk melihat perlawanan bola negeri. Kadang-kadang itu terpaksa kongsi duit untuk beli tiket dan berkongsi tiket juga untuk masuk. Huhuhu..

Siapa yang akan menjuarai Worldcup tahun ini?









Nota kaki: gambar di ambil dari Google


EmoticonEmoticon