11 June 2010

Aplikasi baru - Template Designer Blogspot



Baru perasan tadi masa masuk akaun blogspot. Aplikasi baru ini memudahkan blogger untuk membuat perubahan kepada template blog. Namun begitu, ia bergantung kepada template yang digunapakai seperti template aku, tidak boleh dimasukkan background image kerana tidak ditetapkan dalam template.


Aku telah cuba lihat ciri-ciri yang ada di Template Designer dan ia sangat mudah. Blogger tidak perlu mengetahui maklumat asas tentang coding. Hanya pilih dan apply sahaja.


Kepada yang belum perasan, ia berada di Design, dan template Designer berada sebelah Edit HTML. Lepas ini, untuk tukar tulisan, warna dan background menjadi lebih mudah. Jom cantikan blog anda!!

2 comments:


EmoticonEmoticon