25 June 2010

Alat permainan bersepah satu rumah

Inilah hasil kerja Azfar dan Azwar, alat permainan bersepah satu rumah! Setiap sudut boleh dijumpai dengan alat maian mereka. Setiap hari, selepas kemas dikeluarkan balik. Selalu kena jerit, simpan balik selepas main!

Tapi apakan daya, baru berusia 4 dan 3 tahun, hari ini suruh, esok dah lupa. Harap-harap boleh cepat pandai kemas sendiri, tak ada lah penat aku dok simpan dan kemas.

Sebelum ini dah 2 plastik sampah aku buang alat permainan dorang! Semua permainan yang rosak seperti tiada kepala, patah itu, patah ini, tercabut itu dan ini. Ini yang tinggah alat permainan yang masih elok. Ini pun perlu buat eventori balik permainan yang telah rosak.

Kadang-kadang tu, aku susun juga mainan tersebut disatu sudut dan kelihatan kemas. Contoh di atas meja, dengan barisan yang cantik sahaja. Rupanya apabila disusun, mereka lagi excited hendak main. Hanya 5 minit bertahan, selepas itu, hancur susuan tersebut! Sapa sanggup?

Rasanya rakan-rakan yang mempunyai anak kecil pun mempunyai masalah ini..?


EmoticonEmoticon