20 May 2010

Topik pagi di Sinar - Cemburu Tidak Bertempat


Custom Glitter Text

Pagi ini, Sinar.FM berbicara tentang cemburu tidak bertempat. Banyak pemanggil dan penghantar SMS menceritakan tentang bagaimana pasangan yang cemburu, kesan cemburu yang melampau dan macam-macam cerita mengenai cemburu.

Kebanyakkan apabila menceritakan tentang cemburu, lebih banyak kesan buruk berbanding kesan baik. Ini terjadi apabila cemburu tidak pada tempatnya atau cemburu buta.

Apabila bercerita mengenai cemburu, lebih banyak cerita melibatkan hubungan antara suami isteri atau pasangan. Jarang kita lihat cemburu melibatkan rakan-rakan, pekerja, masyarakat dan sebagainya. Ini kerana cemburu biasanya melibatkan perasaan kasih sayang.

Apa maksud cemburu?
DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. 

Bahana cemburu?
Suasana kehidupan berkeluarga men jadi kucar kacir dan berakhir dengan perpisahan dan lebih malang berlaku perceraian. Bahana cemburu amat kuat dan boleh meninggalkan kesan yang mendalam dalam kalangan anggota keluarga lain, selain merosakkan perhubungan suami isteri.

Cemburu dan iri hati adalah dua isu yang berbeza. Dari sudut linguistik atau bahasa, cemburu dan iri hati kelihatan sama, malah sering digunakan secara bersilih ganti.

Namun daripada perspektif psikologi atau sains tingkah laku, cemburu dan iri hati tidak sama baik dari sudut kognitif atau tindakan.

Apakah perbezaannya? Cemburu dan iri hati adalah antara dua tingkah laku sosial manusia yang jarang diketengahkan. Malah untuk membicarakannya, acap kali dilakukan secara senyap atau terselindung.

Kedua-dua cemburu dan iri hati merupakan dua tingkah laku manusia yang kerap dialami tetapi ramai tidak mahu mengakuinya. Enggan mengakuinya kerana cemburu dan iri hati memperlihatkan personaliti dan keburukan diri sendiri. Tentunya kita tidak mahu orang lain mengetahui sifat buruk, jauh sekali kalau kita dicap sebagai seorang yang kuat cemburu mahupun kuat iri hati.

Label cemburu dan iri hati yang memperlihatkan keburukan diri dari segi moral dan sosial membuatkan ramai orang menafikan cemburu.

Dalam keadaan sebegini, kita mencalar imej diri sendiri dengan rasa yang tidak menyenangkan.
Malangnya, kita terpaksa menanggungnya sendirian. Implikasi negatif kepada mereka yang cemburu dan iri hati cuba dijauhi kerana imej yang menakutkan dengan kemungkinan-kemungkinan negatif yang boleh dilakukan. Inilah bahana cemburu dan iri hati yang melampau.

Cemburu dan iri hati sebenarnya melibatkan isu kesejahteraan diri yang berkaitan dengan kesihatan mental. Namun, kefahaman umum terhadap konsep kesihatan mental secara automatik dikaitkan dengan masalah mental seperti gila.

Namun konsep kesihatan mental dari perspektif psikologi mahupun perubatan tidak terhad kepada gejala kegilaan atau ketidakwarasan akal fikiran atau status mental tidak siuman. Isu cemburu dan iri hati berkait rapat dengan kesihatan mental.



Tips utk mengurangkan rasa cemburu?

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.

4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.

5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.

5 comments:

  1. ^__^ kena sentiasa berfikiran positif kan..

    ReplyDelete
  2. @ ardinihumaira - setuju.. semua bergantung kepada diri sendiri

    ReplyDelete
  3. @ ardinihumair - ye.. setuju.. semua begantung kepada diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. hmmm..cemburu tnda nye syg..tp klau dh xbertempat 2..memg sgt2 parah..

    cemburu ngn iri hati same x..???? hmmm

    ReplyDelete
  5. @ Nuraisyyah - mmg lain cemburu dengan iri hati. cemburu lebih kepada perasaan terhadap pasangan. Iri hati pula berasa (perasaan) tidak senang dengan kelebihan orang lain dan lain-lain

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon