04 May 2010

Tips mehilangkan penat bekerja

Seharian bekerja, mungkin kita akan kepenatan dan lebih lebih lagi apabila ada tugasan yang lebih berat. Kemudian, terdapat pula kerja sampingan waktu malam atau hari minggu. Pasti badan kita lagi cepat letih. Namun begitu, sekiranya tiada tugasan di pejabat, pun kita akan rasa letih kerana letih duduk sahaja. hehehe..


Kesan dari penat bekerja, kita akan mula hilang fokus, mengantuk, bosan, tekanan, kelam kabut dan hilang sabar. Malah terdapat pelbagai kesan-kesan lain mengikut  individu itu sendiri. Berikut beberapa tips untuk mengurangkan rasa penat bekerja:

Di pejabat
- berehat adalah perkara terpenting. Pada waktu rehat pejabat, pastikan anda mengambil peluang untuk berehat selepas makan tengah hari
- berbual-bual dengan rakan pejabat seketika. Bukan sembang sehingga 1 jam atau 2 jam...hehehe
- keluar melawat rakan-rakan di unit atau tingkat lain
- ke tandas dan cuci muka
- mengunyah gula-gula getah untuk 5 minit
- minum air suam
- membuat regangan ringkas seperti menggerakkan tangan dan kaki, menepuk kaki atau peha

Di luar pejabat
- mandi air suam atau berendam
- lakukan aktiviti riadah ringan
- bersosial dengan keluarga atau rakan-rakan seperti lepak di warung dan berbincang isu-isu ringan
- menonton TV atau wayang
- tidur awal atau secukupnya
- amalkan minum herba dan tumbuhan hijau
- mengurut
- bersiar-siar bersama keluarga atau rakan
- dan lain-lain

Diharapkan dengan tips ini, anda akan sentiasa bertenaga dalam menjalankan tugasan harian.


EmoticonEmoticon