03 May 2010

Tips blog: Tunjulkan penampilan diri anda

Adalah penting menunjukkan penampilan diri anda dalam setiap post blog kerana boleh membantu menarik perhatian pembaca. Seperti artis, blogger juga perlu mempunyai personaliti. Ada yang suka kepada natural dan simple sahaja. Tiada masalah cuma dapatkan identiti yang berlainan supaya anda lebih baik dari blog lain.

gambar ambil sendiri mmg cam ni

Masukkan juga gambar-gambar yang menarik dari segi aksi, pakaian, tempat, latar belakang dan sebagainya. Alu pernah membuat post sebelum ini tentang pentingnya memasukkan gambar ke setiap entry anda. Jika gambar dimasukkan menarik, ia memberi lebih kreadit kepada anda.

Terdapat beberapa cara untuk memastikan anda berada dalam gambar kerana kebiasaan tukang ambil gambar selalu akan tertinggal. Kerana terlalu asyik mengambil gambar sehingga lupa tentang gambar sendiri. Untuk itu, anda boleh memohon bantuan rakan atau sesiapa yang ada disekeliling. Anda juga boleh menggunakan self timer untuk mengambil gambar jika tiada sesiapa. Juga paling ramai lakukan ialah mengambil sendiri dengan menghulurkan kamera di depan. Ini paling mudah dan berkesan... (kot...)
mmg jadi senget kalau ambil sendiri

Oleh itu, semasa mengambil gambar, pastikan dulu wajah atau pakaian. Pastikan ia sempurna dan menarik. Jika perlu, make up sedikit sebanyak boleh membantu. Jika mempunyai kemahiran mengubah gambar, lagi baik kerana boleh memberi kesan gambar tersebut. Bayangkan jika majalah-majalah memaparkan artis yang tidak make up?

Oleh itu, mulakan dengan mengambil gambar sendiri. Setiap blogger ada kelebihan sendiri dan tunjukkan kelebihan tersebut dalam gambar. Tonjolkan aksi-aksi menarik yang mungkin orang ingin lihat tetapi AWAS, jaga tatasusila juga. Jangan ada pula gambar-gambar yang terlampau. Ia boleh menadatangkan implikasi negatif.

Akhir kata, selamat bergambar.....

 Cari background yang menarik

Minta bantuan lagi senang


EmoticonEmoticon