Software watermark untuk gambar anda
Terdapat ramai blogger yang memasukkan watermark ke gambar masing-masing. Tujuan watermark dimasukkan supaya gambar anda sentiasa dikenali sekiranya terdapat blogger yang menggunakanya. Malah dengan adanya watermark ini juga, menjadikan gambar anda kelihatan menarik.
Terdapat blogger yang mempunyai kemahiran dalam membuat watermark ini menggunakan photo editor seperti photoshop, paint, photomanager, atau aplikasi internet. namun begitu, sekiranya anda sibuk atau kurang kemahiran, terdapat software yang membantu anda membina watermark ini. Terdapat banyak software di pasaran dengan harga di antara $19 - $50.
Hari ini aku ingin berkongsi sebuah software watermark secara percuma dan sangat mudah untuk digunakan. Untuk makluman, software ini adalah berbayar tetapi telah dibina keygen oleh sesorang. Aku telah mencuba dan ia berfungsi sepenuhnya. Oleh itu, penggunaan software ini adalah tanggungjawab sendiri. Aku hanya berkongsi kerana " Sharing is caring"
Untuk download software ini, sila klik di sini. Setelah download, pastikan komputer anda dilengkapi dengan software WinRar untuk membuka fail tersebut. Setelah di unzipkan folder tersebut, terdapat 2 fail iaitu fail setup dan keygen. Install software tersebut ke komputer anda. Setelah selesai, buka program tersebut. Dalam program tersebut, anda boleh memasukkan beberapa elemen seperti text, picture, frame, crop, resize dan rename fail tersebut. Setting watermark tersebut juga boleh disimpan yang mana anda boleh gunakan untuk gambar lain nanti. Terdapat banyak lagi ciri-ciri menarik yang boleh digunakan, anda hanya perlu mencubanya sahaja.
Dengan satu klik sahaja, semua gambar anda akan dimasukkan watermark beserta setting-setting yang lain. Wolla..!!. Gambar anda sedia untuk di upload ke blog anda. Sungguh mudah kan?
Selamat mencuba!
EmoticonEmoticon