22 May 2010

Siapa bakal memenangi Akademi Fantasi 8?

Siapa yang agaknya bertuah malam ini?
Jika tanya aku, memang aku tidak tahu.. kenapa? Untuk Akademi Fantasia 8 ini, aku agak kurang menonton dan kalau menonton pun ala kadar sahaja. Benarkah Akademi Fantasia 8 tiada lagi yang menarik?

Jika dibandingkan dari Akademi Fantasia 1 - 4, jauh sekali kemeriahannya. Sinar Akademi Fantasi semakin malap walaupun banyak perubahan dan pembaharuan telah dibuat. Pelajar juga seperti semakin kehabisan bakat kerana setiap tahun telah dicungkil.

Program realiti lain juga turut menyumbang kepada persaingan seperti Mentol yang turut menonjolkan bakat-bakat yang baik.

Kembali kepada Akademi Fantasi 8, siapa yang layak merangkul juara Akademi Fantasia 8 malam ini? Kita sama-sama tunggu sahaja kerana seribu kemungkinan boleh berlaku. Kebanyakkan pengundi bengantung kepada pelajar yang disokong dan bukan kepada persembahan yang dilakukan. Diharap juara Akademik Fantasia 8 betul-betul berbakat dan memiliki persembahan yang mantap.

1 comment:


EmoticonEmoticon