Sewa costume untuk parti Digi
Setelah membuat sedikit carian kedai costume di internet, terjumpa beberapa kedai yang berhampiran dengan aku di Kuala Lumpur. Mulanya aku ke Desa Hartamas, tetapi sesat dan tidak jumpa kedai tersebut. Walaupun telah print peta yang terdapat pada web kedai tersebut, tetapi aku masih tidak tahu arah tuju sehingga membawa aku kembali ke pejabat. Lagipun, aku terpaksa kejar masa kerana aku mengambil waktu rehat untuk ke sana.
Kemudian pada petangnya, aku ke Wisma Centre untuk ke kedai costume yang berikutnya. Kali ini pasti tidak sesat kerana area Wisma Centre Jalan Ampang adalah kawasan laluan aku. Namun begitu, aku sesat semasa mencari kedai tersebut yang berada di aras 1. Aku terpaksa terpusing-pusing juga untuk mencari kedai tersebut kerana bilangan kedai di atas terlalu banyak dan sukar untuk mencarinya. Setelah 15 minit tercari-cari, akhirnya ketemui juga kedai tersebut.
Bilangan costume di kedai tersebut juga agak banyak. Setelah membuat pilihan, akhirnya aku hanya mengambil topeng sahaja. Kenapa?
Sebenarnya aku terlupa nak bawa beg dan jika aku mengambil 1 set pakaian, mesti susah untuk aku bawa costume tersebut kerana aku ke sana dengan motosikal. Huhuhuhu..
Aku juga mempunyai idea sendiri juga untuk costume malam itu nanti, dan aku tidak juga mahu mengenakan costume yang terlampau-lampau dasyat. Cukup sahaja dengan costume sederhana tetapi menarik..
Kadar sewa costume di kedai tersebut bergantung kepada jenis costume. Harga untuk fullset costume di antara RM 80 - 120.
Untuk maklumat lanjut mengenai kedai costume ini, sila lawati www.costumesempire.com
EmoticonEmoticon