07 May 2010

Selamat hari ibu

Entry ini telah ditag oleh Najwa dan sememangnya sedang bercadang untuk membuat entry tentang hari ibu.

Apabila berbicara mengenai hari ibu, aku pasti akan terbayangkan pengorbanan ibubapa terhadap aku sejak lahir hingga besar. Semasa kecil, remaja atau bujang, mungkin aku tidak memahami sepenuhnya kasih ibubapa terhadapnya tetapi bila aku sendiri bergelar bapa, baru aku faham sebanyak mana kasih ibubapa kepada anaknya.

Semperna hari ibu, aku hanya bercerita tentang emak sahaja dahulu. Walaupun pengorbanan melibatkan ibu dan bapa kerana tanpa sokong kedua-duanya, pasti tidak berjaya seperti sekarang. Entry tentang bapa mungkin pada hari bapa pula..

Semasa kelahiran, aku sangat dimanja-manja oleh ibuku kerana selepas kematian abangku. Arwah meninggal semasa berumur 4 tahun akibat demam panas. Selepas kematian arwah, jarak antara abang aku sekarang dengan aku sejauh 10 tahun. Jadi, pengalaman pahit sebelum ini menjadikan aku anak yang dijaga sepenuhnya.

Aku masih ingat cerita tentang ibu mengikut ayah ke Kuala Lumpur, duit ada pada emak hanya seringgit. Oleh kerana aku mahukan air kotak, emak sanggup belikan air kotak tersebut walaupun tiada duit lain masa tersebut.

Aku masih ingat bagaimana emak mendukung aku membawa ke rumah datuk dan nenek sepanjang kampung

Aku masih ingat bagaimana emak menjaga aku semasa aku sakit dan demam.

Aku masih ingat bagaimana susah payah emak siapkan makanan kami walaupun baru pulang dari bendang

Aku masih ingat, emak menimba air perigi untuk memandikan aku sedangkan tangan sebelah lagi mendukung adikku.

Aku masih ingat bagaimana emak membanting tulang ke sawah.

Namun begitu, aku kekadang terlupa untuk menghubungi emak. "Maafkan saya emak!"
Semperna hari ibu ini, anakmu ingin menyatakan kasih sayangmu akan sentiasa dikenang sampai bila-bila. Walaupun emak tidak membaca blog, tetapi sekurang-kurangnya semua tahu....

Diharap rakan blogger berikut juga boleh bercerita tentang ibu anda:
- jaya-jr sbb baru lawat blog aku :D
- kachang suka nak dengar citer kachang
- ummiross
- krole
- gamagulrz


EmoticonEmoticon