01 May 2010

Projek cerpen berantai blogger

Aku sedang merancang untuk membina cerpen berantai yang dibangunkan oleh blogger sendiri. Ideanya ialah setiap blogger akan membuat post berdasarkan tema yang diberi dan akan bersambung-sambung sehingga tamat.

Ia akan bermula dari blog aku dan aku akan memilih salah seorang blogger untuk menyambungnya. Kemudian, blogger seterusnya akan memilih rakan blogger lain sehingga cerita tersebut di rasakan sesuai untuk ditamatkan. Oleh itu, blogger perlu membaca cerita tersebut dari awal untuk mengetahui kisah dari blog yang pertama dan seterusnya. Setiap post cerita perlu memaparkan link blog sebelumnya dan selepasnya.

Tujuan projek ini ialah mendapat traffic dari pembaca cerpen. Dengan adanya sistem berantai ini, semua penulis akan merima traffic kerana setiap pembaca aku terus-terus membaca dari blog ke satu blog yang lain.

Dengan adanya projek ini juga, blogger boleh mengeratkan hubungan antara blogger. Cara-cara penulisan adalah seperti berikut:
- penulisan adalah berdasarkan format awal
- pastikan menggunakan tajuk seperti post asal
- penceritaan adalah bebas dan perlu menarik
- panjang cerita bebas (berpada-pada)
- mesti bersambung dari cerita sebelumnya
- memasukkan link cerpen sebelumnya dan selepas (sambungan)
- memilih seorang rakan blogger untuk menyambung cerpen
- memasukkan gambar cerpen berantai (link)
- dan lain-lain yang dirasakan sesuai.

2 comments:

  1. cam menarik gak nih untuk up traffic ye

    ReplyDelete
  2. bagus untuk sharing traffic. jom la join yek..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon