08 May 2010

Pelancaran blog Persatuan Penduduk Selayang Mulia

Pagi tadi aku ke Selayang Mulia untuk majlis pelancaran Blog Persatuan Penduduk Selayang Mulia yang aku bangunkan. Majlis pelancaran diadakan pada Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk tersebut. Untuk majlis tersebut, aku telah membina sebuah video untuk dipaparkan. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Penasihat Persatuan tersebut.

Proses pelancaran berjalan lancar cuma masalah tiasa cable untuk pembesar suara. Aku terlupa untuk pinjam dari rakan dan pihak menguruskan pembesar suara juga tidak menyediakan kabel tersebut. Oleh itu, bunyi video tersebut kurang jelas dan tidak memberi kesan sepenuhnya.

Selesai majlis tersebut, aku telah dihadikan sebakul buah-buahan yang terdiri dari pelbagai jenis buah. Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Penduduk Selayang Mulia atas buah tangan tersebut.

Tahniah kepada Persatuan kerana berusaha untuk memasukkan ICT ke dalam persatuan selaras dengan zaman ICT sekarang. Dengan adanya blog ini, diharap hubungan antara persatuan dan penduduk lebih rapat. Sebarang aduan atau penyebaran maklumat boleh dilakukan dengan lebih pantas.


EmoticonEmoticon