28 May 2010

Nak komplen Broadband DIGI aku

Kenapa pula perkhidmatan DIGI malam ni, semalam bukan main laju tapi malam ini kurang laju pulak. Iks-iks.. baru jer syok blogwalking, bila internet slow, mula la malas nak blogwalking. Mahu tak shok, bila masuk blog jer, slow nak keluar page. Kalau buka banyak page, lagi lama nak buka..

Mungkin disebabkan esok cuti, malam ni ramai yang online kot?
Perkara ini terjadi kepada semua kot? Sebab masa aku pakai streamyx pun sama dulu. Bila malam minggu jer mesti slow dan kadang-kadang tak boleh nak login langsung.

Bila agaknya di Malaysia nak dapat perkhidmatan internet yang laju? Setakat kini, 4mbs untuk streamyx kan? Kalau pakai streamyx, susah pula kalau outstation nanti, dah tak guna pula. Kalau masuk banyak pakej, aku pulak yang parah.. huhuhu..


Harap-harap internet kat Malaysia akan terus meningkat dan lebih murah! Jika dibandingkan sebelum-sebelum ini, internet Malaysia pun semakin bagus. Masih aku ingat 4 tahun yang lepas, broadband sangat mahal dan tidak semua mampu miliki. Kemudahan WiFi juga sangat terhad hanya restoran atau hotal hebat sahaja. Namun sekarang, pakej broadband pun sangat murah, moden pula percuma. Broadband prepaid juga telah ada. WiFi tak usah dicerita kerana telah ada di merata-rata sehingga kedai mamak pun telah disediakan WiFi. Hebat bukan?

Oleh itu, majulah broadband untuk negara...

4 comments:

  1. urmm,broadband sume lambat la..
    i would prefer wimax la sbb laju..
    streamyx pon ok jgk..

    ReplyDelete
  2. iyer ker dian..
    dian pakai wimax? kat rumah sy slow sgt wimax.. dah cuba ari tu.. lg sakit jiwa..
    Tu lah harap2 broadband boleh laju seperti streamyx.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. lebih prefer streamyx dari broadband

    ReplyDelete
  4. iyer ke zikeryhassan..
    kalau hanya online di rumah, comfirm sy pakai streamyx..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon