Minum pagi di Selera Duta, Kuala Lumpur
Jom perkena mee kari, mee rebus atau mee sup di warung Pak Wan di Selera Duta, Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai menu lagi yang terdapat di Warung Pak Wan. Hari tersebut kami hanya bertiga, oleh itu, hanya 3 menu sahaja yang dapat dipaparkan. Kalau minta banyak-banyak, sapa pula nak makan yek?
Di Selera Duta, terdapat pelbagai jenis warung yang menyediakan pelbagai jenis makanan sama ada untuk sarapan, minum pagi, makan tengah hari atau minum petang. Malam Selera Duta adalah di tutup. Kebiasaan waktu pagi dan tengah hari, warung-warung Selera Duta akan dipenuhi dengan pengunjung.
Bawalah rakan atau ahli keluarga untuk menjamu selera di sini.
EmoticonEmoticon