06 May 2010

Leganya kerja dah siap

Hmmm...! Baru boleh tarik nafas lega apabila tugasan telah selesai. Hampir seminggu bertukus lumus mengejar dateline. Agak tertekan apabila tugasan perlu disiapkan dengan keadaan tergesa-gesa. Terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan menyebabkan kesibukan melampau.

Masa inilah boleh menguji tahap ketahanan aku. Semua skill yang ada perlu dikeluarkan untuk memastikan tugasan selesai. Stress perlu ditangani dengan bijak kerana jika tidak, pasti ada kesan lain.

Bila tugasan terlampau ini, aku dapat rasakan badan sendikit lemah dan mengantuk apabila balik rumah. Mungkin tugasan aku tidak menggunakan banyak tenaga, tetapi tugasan secara mental juga lebih memenatkan. Oleh sebab itu, bila malam untuk menulis blog kurang bersemangat dan tiada mood.

Hari minggu ini, boleh aku berehat secukupnya supaya hari Isnin ananti aku kembali cergas untuk bekerja.

Huyeeey!! Tugasan dah selesai


EmoticonEmoticon