30 June 2012

Impian Country Resort, Batu 14, Hulu Langat, Selangor

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Pagi tadi Sop ada mesyuarat di Impian Country Resort, Batu 14, Hulu Langat, Selangor untuk mengadakan program hari Keluarga di tempat tersebut. Ini adalah kali kedua Sop ke Impaian Country Resort. Sebelum ini ialah program Perkhemahan Murid pada tahun 2008.

Bagaimana untuk ke Impian Country Resort?
Ia terletak di Batu 14, Hulu Langat. Di laluan utama jalan Hulu Langat, papan tanda Impan Country Resort tidak begitu besar tetapi boleh jadikan Agro Resort sebagai panduan. Agro dan Impian Resort adalah laluan sama cuma Impian Country Resort akan jumpa dahulu sebelum Agro Resort.

Apa yang menarik di sini?
Ia adalah kawasan bersungai dan dikelilingi dengan flora dan fauna. Tempat yang segar dan nyaman boleh merehatkan minda anda. Tumpuan utama Impian Country Resort ialah tempat untuk berehat, mengadakan program, mandi manda, kem motivasi, hari keluarga dan sebagainya.

Kemudahan yang disediakan?
Di Impian Country Resort disediakan beberapa kemudahan untuk kemudahan pengujung seperti chelet, dewan, asrama (Dorm), surau, kantin, tandas, bangsal, parking, tapak perkemahan dan lain-lain lagi. Pengujung boleh menginap atau hanya melawat harian. Bayaran yang dikenakan untuk lawatan harian ialah parking dan sewaan bangsal.

Kenapa perlu ke Impian Country Resort sedangkan Sungai Congkak kan ada?
Di sini, anda lebih selesa kerana tidak ramai pengujung seperti Sungai Congkak. Kawasan juga bersih dan dilengkapi dengan banyak kemudahan.

P/S: Maklumat yang disampaikan berdasarkan pemerhatian sahaja. Untuk maklumat lengkap, sila hubungi pihak Impian Country Resort sendiri. Mungkin lebih banyak kemudahan yang disediakan/tawarkan.

Koleksi gambar:

2 comments:

  1. maaf,boleh x saye dapatkan contact number pihak resort ni?sile emelkan ke fisheslittle@yahoo.com..
    terime kasih

    ReplyDelete
  2. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 013-3516189 - IDA

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon