25 May 2010

I wanna watch Toy Story 3


Siapa hendak menonton Toy Story 3? Kalau tanya aku, mesti aku hendak pergi!! Ini kerana bukan sahaja aku yang suka cerita ini, tetapi satu keluarga aku meminati cerita ini. Lebih-lebih lagi Azfar dan Azwar, jika cerita kartun, semua mereka suka.

Perkara ini biasa untuk kanak-kanak kerana semua kanak-kanak akan tertarik dengan watak animasi yang comel-comel ini. Namun begitu, adakah orang dewasa suka cerita animasi? Jawapannya semestinya "Ya!" kerana orang dewasa pernah melalui zaman kanak-kanak dan ia akan kekal sebagai pengalaman. Cuma jenis kartun yang berbeza kerana faktor zaman yang berbeza.

Teknologi kartun sekarang ini semakin canggih! Bermula dari kartun hitam putih sehingga sekarang boleh dilihat secara 3 dimensi (3D) pasti akan menarik minat semua golongan untuk menonton cerita animasi.


Berbalik kepada cerita Toy Story, aku memang sukakan cerita ini dan telah menonton siri pertama dan kedua dan kini siri yang ketiga pasti lebih menarik. Watak Buzz Lightyear, Woody, Rex, Mr. Potato Head dan banyak lagi yang dikekalkan akan menarik penonton untuk terus mengetahui tentang perjalanan cerita ini.



Disamping itu, wujud juga watak-watak baru untuk memeriahkan cerita Toy Story 3 ini. Antara watak-watak baru adalah seperti berikut:
* Chuck
* Ken
* Lots -O-' Huggin' Bear
* Peas-In-A-Pod
* Chatter Telephone
* Sparks
* Stretch
* Trixie
* Twitch
* Big Baby
* BookWorm
* Dolly
* Mr Pricklepants

Watak yang mungkin kami akan minati nanti ialah Trixie kerana didapati Trixie mungkin nampak melucukan. Badannya yang berwarna biru ungu pasti akan menarik perhatian kami.

2 comments:

  1. wah, cerita yang saya tunggu - tunggu ni

    ReplyDelete
  2. apa lagi, jom review Toy Story Nuffnang!!

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon