08 May 2010

Gambar Azwar di pertandingan Best Red Contest

Minggu lepas aku menghantar penyertaan pertandingan Best Red Contest dari blog Diva Darling. Peraduan ini mudah sahaja, hanya hantar gambar anda bersama warna merah ke emel beliau dan layak untuk bertanding. Sungguh mudah kan?

Cari punya cari, gambar aku tiada berkaitan dengan merah. Lagipun gambar aku sendiri tidak banyak kerana sibuk mengambil gambar. Akhirnya jumpa gambar Azwar yang berlatarkan bas yang berwarna merah. Gambar tersebut di ambil Genting Highland.

Setakat ini, memang banyak penyertaan yang telah dihantar dan semuanya menarik. Pemilihan pemenang oleh Diva Darling berdasarkan gambar menarik dan kreatif. Oleh itu, tidak kesah menang atau kalah yang penting semangat menyertai peraduan. Betul tak?


EmoticonEmoticon