20 May 2010

Blogger Lelaki VS Blogger Perempuan

Siapa lagi hebat? Blogger lelaki atau blogger perempuan?

Pendapat aku ialah sama-sama mempunyai kelebihan masing-masing. Namun begitu, jika dilihat dari jumlah, pasti blogger perempuan lebih ramai. Betul tak? Boleh dilihat dari web GengBlogger.com yang mana jumlah ahli blogger perempuan lebih ramai.

Blogger perempuan juga lebih menonjol berbanding lelaki kerana blogger perempuan memiliki lebih banyak kelebihan dan kelebihan adalah seperti berikut:

* Blogger perempuan mempunyai lebih ramai pembaca perempuan. Topik-topik yang dikeluarkan oleh blogger perempuan lebih sesuai dengan pembaca perempuan berbanding pembaca lelaki.
* Blogger  perempuan memiliki banyak topik untuk diketengahkan seperti pakaian, masakan, pelancongan, jualan murah, rumah tangga, anak-anak dan sebagainya. Blogger lelaki lebih terhad kerana topik dan minat tidak terlalu banyak.
* Blogger perempuan lebih kreatif dan pandai meluahkan isi blog menjadikan cerita lebih menarik jika dibandingkan dengan blogger lelaki yang lebih lurus.
* Blogger perempuan lebih rajin berbanding blogger lelaki.
* Blogger perempuan sangat menyokong antara rakan-rakan blogger dan rajin membuat ulasan/komen.
* Blogger perempuan juga pandai menghiasi blogger sehingga menjadi menarik.
* Blogger boleh memamparkan identiti yang menarik dan boleh menjadi idola kepada blogger lain.

Terdapat banyak lagi kelebihan yang ada pada blogger perempuan.
Namun begitu, blogger lelaki juga tidak kurang hebatnya. Cuma jumlah yang menonjol agak kurang. Kebiasaan pelawat lelaki lebih gemar perkara-perkara biasa seperti sukan, politik, game, muzik, isu-isu semasa dan jarang melawat blog.

Blogger lelaki juga agak terhad untuk menulis cerita-cerita peribadi. Blogger lelaki boleh sahaja menulis tentang fasyen lelaki tetapi pembaca agak terhad.

Oleh sebab itu, blogger lelaki lebih banyak membina blog yang lebih menjurus kepada dunia ICT, politik, mobile, automotif, sukan dan yang berkaitan. Ini kerana itu bidang yang lebih diminati dan mempunyai pengetahuan untuk menulis.

Apa yang aku tulis bukan mewakili semua blogger lelaki. Ada juga blogger lelaki yang berjaya menonjol dengan menceritakan tentang kehidupan seharian.

Apa pendapat anda pula? Blogger lelaki atau blogger perempuan lebih hebat?

8 comments:

  1. bagi aku la kan, aku lebih suka tajuk yang diutarakan blogger laki.
    sbb best.
    perempuan kadang2 cte mende2 simple je, mcm blog aku
    ahaa

    ReplyDelete
  2. bagi aku blog lelaki lebih kreatif...
    benda tu tak de la apepun sgt kdg2 tp blh jd kelakar..

    ReplyDelete
  3. @ Ery Farieha & Ann - iyer ke?

    ReplyDelete
  4. kakchik setuju dgn tulisan sop ni dan terima kasihlah sebab senaraikan byk kelebihan blogger perempuan. blogger peremuan banyak menulis berkaitan dgn emosi dan sosial sebab itu mudah terjalian talian hayat persahatan. tapi kakchik suka membaca blog blogger lelaki yang menulis hal-hal agama, teknologi dan photoblog/journal. suka.

    ReplyDelete
  5. blogger perempuan juga minat menghiasi blog dengan pelbagai widget sehingga memakan masa yang lama untuk dimuat turun. hehehehe

    ReplyDelete
  6. @ kakchick - terima kasih atas pandangan kakchick.. betul kakchick, topik blogger perempuan lebih mesra rakan dan byk membentuk hubungan persahabatan. Contohnya Tag dan Award.
    @ akuvision - itu la.. kalau berhias sangat sampai load page blog pun slow. tp yg penting tuan punya blog berpuas hati. Tp blogger lelaki lebih suka hiasan ringkas sampai ada yang tak berhias langsung.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. bagi aku..blogger perempuan lebih menonjol dan byk follower..salah satu sebab besar ialah gambar profile yg menarik..huhu..

    entri kadang laki ngan pompuan sama je..n dari segi hiasan..laki aku nmpk lg terrer customize blog...hehe

    ReplyDelete
  8. @ Hemy - huhuhu.. lebih kurang aku jugak nih.. bila gambar profile cun, mesti lawat dulu.. uhuhuhu.. kantoi..!
    Aku biasa follow bila blog menarik dan harap juga org akan follow aku blk.. uhuuhu

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon