28 April 2010

Suasana cemas: blog dipadam oleh google

Suana cemas menyelubungi aku pagi tadi apabila didapati blog aku telah dipadam kerana mungkin melanggar TOS Google. Alamak ada dah jadi? Bayangkan blog yang hampir berusia 3 tahun dengan post peribadi berjumlah hampir 1000 dan galeri gambar yang kebanyakkan di simpan di picasa album.

Aku mula cemas apabila mencari maklumat tentang pemadaman akaun oleh google tanpa info dan prujudis. Rasa cam hendak menangis pun ada kerana untuk sampai tahap sekarang, berapa banyak masa dan tenaga telah dihabiskan.

Akhirnya, aku dibawa ke satu pautan untuk membuat verifikasi akaun. Untuk verifikasi akaun, ia memerlukan memasukkan nombor telefon untuk dihantar mesej atau voice call. Pada mulanya, mesej tidak diterima sehingga beberapa kali mencuba. Pada masa tersebut, aku telah putus harapan dan dikepala aku memikirkan bagaimana nak memulakan blog baru.

Kemudian, tengah hari aku mencuba lagi, tetapi memilih voice call. Tut tutzz... Henpun aku berbunyi. Nombor panggilan dari luar negara (+13109287055). Alamak, macam mana nak cakap dengan mat salleh nih! Aku bukannya terrer sangat speking. Hehehehe. Bila diangkat, rupa-rupanya mesin yang menghubungi aku. Dia sebut nombor verifikasi sahaja sebenarnya. Pada masa yang sama, anda terus masukkan nombor verifikasi terswebut.

Yahooooo...! Akaun emel aku aktif semula. Kemudian cuba pula akaun blogspot, berjaya juga... Ini bermakna blog aku kembali aktif. Terima kasih google kerana tidak terus memadam blog aku. Kalau tidak, menangis tidak berlagu  la aku nanti. Cuma buat masa ini, aku perlu menyemak kembali kenapa akaun google akau di suspen? Aku tidak mahu seperti pengalaman sebelum ini, domain aku dipadam oleh kerana perbuatan hacker!

Jika anda terkena perkara sebegini, jangan penik! Cuba cari key "account deleted by google" dan ambil link help google untuk verifikasi akaun anda. Akaun aku mungkin menjadi mangsa hacker ni..!

4 comments:

  1. mak aih, saspen weyyyy akaun kna padam, esp kalo akaun utama kannn.. huhu... sibaik akaun ko slamat :)

    ReplyDelete
  2. betul Wawa.. mmg sapen.. bayangkan kalau kena delete, emel tu utk semua akaun yg berdaftar di internet. pas tu dlm akaun ada 4 blog.. iks.. syukur selamat!

    ReplyDelete
  3. patut la bukak-bukak...account not found...huhuhu ingat apa dah terjadi kepada syukri huhuhu

    ReplyDelete
  4. itu la pasal.. malam tu masih ok, tetiba awal pagi dah page not found.. mengelabah juga la kan...

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon