22 April 2010

Raket pembunuh nyamuk

Adakah rumah anda terdapat banyak nyamuk?
Alat ini mampu membantu anda untuk membunuh nyamuk-nyamuk yang berterbangan.
Aku sedang jual produk ker? Tidak! Aku hanya ingin bercerita tentang alat yang aku beli ini untuk membunuh nyamuk yang berleluasa.

Sebelum ini aku menggunakan ubat nyamuk elektrik dan jugajenis spray. Untuk elektrik, setiap malam perlu dipasang dan spray hanya seminggu sekali. Namun masalah nyamuk tidak pernah selesai. Anak aku pasti ada sahaja terkena gigitan nyamuk. Oleh kerana bimbang dengan kes denggi, aku mencuba lahi satu alat pembunuh nyamuk yang agak kejam!


Bentuknya adalah seperti reket badminton tetapi berdawai. Penggunaan mudah sahaja, hanya tekan butang dan kejar nyamuk yang ada di sekeliling. Kebiasaan nyamuk menyorok di kawasan gelap, seperti gantungan baju, langsir, bunga, bawah meja dan tempat-tempat strategik yang lain. Anda hanya perlu menghayun raket tersebut di kawasan-kawasan tersebut. Raket tersentuk pakaian tidak memberi kesan apa-apa.

Bagaimana hendak tahu nyamuk terkena alat tersebut?
Bunyi pop akan kedengaran jika ada nyamuk terkena pada raket anda. Kebiasaan selepas terkena raket, nyamuk tersebut hangus sama sekali.

Raket ini menggunakan bateri dicas semula yang mana kepala plug tersedia di bahagian pemengang. Oleh itu, anda tidak perlu bersusah-payah untuk membeli bateri lagi.

Pantang larang:
- jangan terkena air kerana akan menyebabkan litar pitas dan bunyi pop
- jangan ketuk terlalu kuat sehingga wayar terputus. ia menyebabkan alat tersebut rosak
- jangan sentuk pada kulit ketika suis ditekan (nak cuba pun boleh)
- jauhi dari kanak-kanak

Dimana boleh dapati raket ini?
Raket aku diperolehi dari pasar malam dengan harga RM 10 sahaja. Di kedai-kedai lain mungkin ada tetapi aku tidak pasti. Korang cari le sendiri yer..!

p/s: aku sendiri tak tahu nama specific alat ini, sebab tu aku panggil raket jer.. heheheh


EmoticonEmoticon