28 April 2010

Perbezaan Kawasaki ER6N 2008 dengan ER6N 2009

Antara Kawasaki ER6N tahun 2008 dan 2009/2010, terdapat beberapa perbezaan dari segi bentuknya. Jika dilihat secara sepitas lalu, mungkin kita tidak perasan sangat perbezaannya. Berikut adalah beberapa perbezaan dari fikikalnya:

Model 2008
- Lampu depan dan cover
- Meter - Tahun 2008 meter kelajuan analog dan RPM meter lama tetapi 2009 meter kelajuan lama dan RPM analog. ER6N tidak memaparkan jumlah minyak tetapi hanya keluar amaran apabila jumlah minyak hampir kehabisan (50 - 70 km jarak) Manakala ER6N 2009 terdapat meter minyak secara analog.
- Mudguard agak berbeza sedikit dari segi bentuknya
- Side mirror - model 2009 agak moden dan bersegi
- Tapak pemegang handle
- Imej permukaan injin
- Cover set tepi mempunyai lubang untuk model 2009
- Stiker pada cover set tepi lebih kecil untuk tahun 2009
- Cover set belakang
- Pemegang belakang
- Lampu belakang
- Signal belakang - tahun 2009 bersaiz lebih kecil
- Tempat letak kaki - Model 2008 stainless steel sahaja,  manakala Model 2009 bersalut getah untuk depan dan belakang
- Penahan air tambahan di bawah tempat duduk untuk tahun 2009 tetapi model 2008 tiada

Itu sahaja perbezaan dari segi luaran fizikal antara Kawasaki ER6N tahun 2008 dengan 2009. Dari segi injin, beberapa perkara dibuat penambahbaikan oleh Kawasaki tetapi hanya perkara kecil sahaja. Untuk model tahun 2010, tiada perubahan yang dapat dikesan setakat ini.

Model 2009/2010


EmoticonEmoticon