15 April 2010

Menonton movie Clash of the Titans

Minggu lepas kami sekeluarga ke TGV KLCC untuk menonton cerita Clash Of The Titans. Seperti biasa, tiket telah dibeli awal menggunakan pembelian online. Kali ini, pop corn dan minuman juga dibeli menggunakan online. Pembelian set pop corn lemih jimat berbanding pembelian kaunter.


Sementara menunggu waktu tontonan bermula, kami meronda-ronda di sekitar KLCC. Azfar dan Azwar hanya mengejar permainan yang ada disetiap level dan kemudian di bawa ke function room di iSetan untuk bermain.

Mengenai cerita Clash Of The Titans, cerita ini agak menarik dari segi aksi yang mana diperingkat awal telah bermula aksi yang menarik. Jalan cerita adalah seperti biasa iaitu mengenai anak tuhan yang cuba membalas dendam pada tuhan yang menjaga neraka yang membunuh keluarganya. Kisah-kisah ini berkaitan dengan tuhan-tuhan zaman Rom. Beberapa watak pelik juga diwujudkan seperti kala jengking atau manusia berkulit kayu dan lain-lain.

Secara keseluruhan, cerita ini seronok untuk ditonton kerana aksi-aksinya dan juga watak-watak yang pelik. Jalan cerita adalah biasa sahaja.

Galeri foto sekitar KLCC:


EmoticonEmoticon