27 April 2010

Jom bersarapan di Selera Duta

Minggu lepas, kami ke Selera Duta berdepan dengan Masjid Wilayah untuk bersarapan. Walaupun terdapat banyak gerai makanan tetapi tumpuan kami ialah untuk perkena capati. Kedai beliau sememangnya dengan capati dan pembuat capati tersebut adalah orang Melayu.


Apa yang menarik tentang capati Selera Duta ialah kuahnya yang pelbagai. Tapi paling best ialah kuah kari daging. Sistem layan diri memberi peluang untuk mengambil kuah secukupnya. Dengan kuah kari yang pekat dan daging yang berteraburan, anda pasti tidak cukup hanya dengan 1 keping capati sahaja.

Untuk makan di kedai ini, pastikan anda tidak datang lewat dari jam 10.00 pagi kerana pasti capati tersebut telah habis.


EmoticonEmoticon