28 April 2010

Adalah penting melawat blog orang lain untuk traffic

Adakah anda pembaca blog rakan lain?
Sekiranya ya, adakah anda pemberi komen yang aktif?

Adalah penting anda meninggalkan jejak anda ke blog-blog yang anda lawati. Ia memberi sumber backlink kepada blog anda dan menbawa kepada penambahan jumlah traffic blog anda. Sekiranya anda meninggalkan komen, pastikan juga komen tersebut membina dan menarik. Dengan cara ini, pemilik blog akan melawat kembali ke blog anda dan juga meninggalkan komen yang berkaitan.

Begitu juga dengan pelawat yang lain, jika pembaca didapati komen anda sangat baik, pasti ada yang akan sudi melawat blog anda.

Kebanyakan blogger juga suka meninggalkan jejak di ruangan shoutbox atau mesej ringkas kerana ia lebih mudah dan cepat. Pastikan anda sentiasa membalas mesej ringkas tersebut sebagai menghargai kehadirannya ke blog anda. Sila lawati juga blog rakan yang meninggalkan jejak kerana itu adalah tujuan utamanya. Dengan kerjasama begini, blogger akan saling menziarah dan menziarahi antara satu sama lain. Aku tertarik dengan post cik ellis, yang sanggup menyediakan jadual untuk melawat blog-blog rakannya. Dengan adanya jadual ini, beliau mempunyai ruang dan masa yang mencukupi untuk melawat blog rakan-rakan. Tahniah kepada cik ellis atas usaha beliau. Jika aku, mungkin tidak mampu berbuat demikian. Kebiasaannya, aku melawat blog secara rawak dan tidak mengikut masa. Ia bergantung kepada kelapangan masa dan juga mood.

Apa-apa pun, happy blog walking. Sambil-sambil ziarah tu, tinggal-tinggalkan komen yang membina yek!

Terima kasih daun keladi, ada masa datang lagi...

2 comments:

  1. stuju! penting utk blogger reply comments kat web sendiri dan later ziarah commenter punya blog bila berkesempatan... iye lah kan, mcm org datang umah kita, skurang2nya kna dilayan tetamu tu.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Mari kita sama-sama negeratkan hubungan silatulrahim antara bloggers!!
    Terima kasih Wawa.. suka dengan istilah layan tetamu.. kalau boleh, tetamu datang, sedia-sediakan air dan kuih yek.. :d

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon