05 March 2010

Tukar spoket dan rantai motor aku di MOK Motor Wangsa Maju

Semalan aku ke MOK Motor Wangsa Maju untuk menukar spoket dan rantai motor ER6N aku yang sangat teruk. Sebelum tukar, aku cuba meletak lebih banyak minyak untuk memastikan rantai tersebut masih boleh digunakan, malangnya tidak dapat diselamatkan lagi. Apabila aku membuat tegangan rantai, bunyi masih kuat kedengaran. Lebih teruk apabila pemanduan, aku boleh rasakan getaran rantai yang rosak itu.


Oleh sebab itu, aku segara ke bengkel untuk membuat gantain. Sebelum itu, aku cuba servery di internet kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan penukaran rantai paling murah. Hasil carian dari forum komuniti pengguna ER6N - FERNO (er6.my-forums.net), harga biasa yang ditukar dalam lingkungan RM 350 - RM 600.

Proses pemasangan memakan masa 2 jam kerana terpaksa menunggu pomen siapkan kerja servis motor lain. Kebetulan masa itu, terdapat 3 buah motor lain yang sedang servis dan pasang aksesori. Sepanjang aku berada di situ, terdapat beberapa motor lain yang turut mendapatkan perkhidmatan MOK Motor. Sepanjang berada di situ, pelbagai motor berkuasa tinggi yang boleh dilihat termasuk motor-motor yang berada dalam bengkel ditinggalkan untuk direpair.


EmoticonEmoticon