07 March 2010

Setup laman web Kaone.org

Semalam baru selesai beli hosting dengan domain www.kaone.org untuk membina satu laman web sosial. Web sosial adalah minat aku dari dahulu untuk dibangunkan walaupun aku telah cuba untuk mendapatkan script lain tetapi web sosial juga menjadi perhatian aku.

Sebelum ini aku pernah membina laman web mykomuniti.com tetapi selepas setahun, akhirnya domain tersebut diblok kerana hacker telah menggunakan domain aku untuk jadikan phishing site sebuah bank Eropah. Oleh kerana kecewa, aku biarkan web tersebut walaupun pihak hosting maklum yang aku boleh menukar domain pada hosting tersebut.

Setelah hampir setahun, akhirnya aku kembali untuk membina web sosial yang baru. Mungkin dengan konsep yang lebih baru dengan script yang lebih mantap. Dulu lebih berkonsepkan  kepada komuniti tetapi sekarang sahabat dan oleh sebab itu aku menggunakan domain kaone (kawan). Harap setelah web siap disetup, ramai yang boleh sertai web aku nanti.

Malam ini proses memuatnaik script ke hosting. Dengan jumlah fail lebih kurang 32MB, mungkin memakan masa lebih 1 jam. Selesai proses memuatnaik, setup akan dimulakan secara berperingkat-berperingkat. Mungkin secara BETA dahulu. Sekiranya semua selesai, baru web tersebut akan dilancarkan sepenuhnya. Diarapkan semua perancangan berjalan lancar.


EmoticonEmoticon